Assalamualaikum,
Beberapa hari kebelakangan ini kita dijamukan dengan berita kematian seorang pejuang yang dikatakan dunia sebagai 'pengganas'. Osama bin Laden, begitulah nama yang diberikan. Beliau dikatakan mati menemui ajal dalam serangan pihak kafir Amerika ke atas kediaman yang dikatakan menjadi tempat persembunyiannya.
Hakikatnya, kita masih tidak benar-benar pasti akan kebenaran cerita ini. Banyak pula timbul spekulasi tentang kematiannya dengan pelbagai andaian. Sedangkan WTC boleh diruntuhkan oleh Amerika yang meragut ratusan/ribuan nyawa sebagai trigger point dlm membuli umat Islam, inikan pulak kematian Osama. Antaranya spekulasi yang tercetus:
- Osama Bin Laden adalah subjek ciptaan Amerika sendiri bagi menghalalkan tingkah dan lakunya dalam menjajah dunia arab dan Islam.
- Kematian Osama adalah palsu, sebagai stepping stone kepada Obama dalam pilihanraya presiden.
- Osama benar-benar telah menemui ajal.
- dan beberapa lagi spekulasi lainnya
Dan beberapa cerita yang menyusul selepas itu dimana jenazah Osama tidak dibenarkan dikebumikan, sebaliknya dibuang ke laut, lebih menjadikan ini sebagai satu lagi konspirasi kerana apabila mayat telah dibuang ke laut dan di makan ikan, maka tiada lagi boleh dijalankan sebarang usaha menentusahkan mayat tersebut sebagai Osama Laden. Ini yang dapat di baca oleh masyarakat dunia.
Yang pelik bin ajaib, ramai pemimpin 'negara Islam' sendiri, nampak ceria dengan kematian Osama, termasuk sebahagian pemimpin negara Malaysia tercinta ini. Menggambarkan Osama sebagai benar-benar pengganas dunia, sedang hakikatnya apa yang diperjuangkan adalah keadilan sejagat untuk Islam walaupun mungkin caranya agak 'keras'.
Jika benar Osama telah meninggal dunia, kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga beliau mendapat lindungan Allah dan balasan setimpal hasil jerih payah perjuangannya menegakkan Islam di bumi Allah ini. Seharusnya kita menyoal diri kita sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk Islam. Adakah cukup sekadar solat 5 waktu (yang sudah semestinya satu kewajipan, tidak dapat tidak). Atau cukupkah sekadar melihat umat lain berhempas pulas sedang kita duduk sambil goyang kaki lalu mengharapkan Allah membenarkan kita menjejakkan kaki ke SyurgaNya?
Para sahabat dahulu melalui pelbagai jerih payah dan kesakitan dalam memperjuangkan kebenaran Islam, setiap dari mereka telah teruji keimanan mereka sehingga Allah memberi jaminan kepada mereka akan Syurga Allah di akhirat kelak. Jadi, apakah ujian yang kita sedang hadapi, sebagai menentukur tahap keimanan kita?
Adakah ujian kesenangan? Senangnya kita...
Adakah ujian harta kekayaan? Biasanya kita gagal bab ini. Harta yang diamanahkan kita anggap sebagai hak mutlak kita? Lalu apakah kita dengan bangganya manyatakan kita telah benar-benar Islam.
Perkara yang paling dekat dengan kita tetapi selalu kita terlupakan: kematian! Adakah kita confident boleh menjawab soalan dua malaikat Mungkar dan Nakir sebaik sahaja kaum kerabat kita melangkah 3 tapak meninggalkan kita berseorangan di dalam pusara....
Aduhai... alangkah lalainya kita ini (sebagai peringatan untuk diri sendiri...)
No comments:
Post a Comment